Saturday, May 7, 2011

Gambar: Sedang menunggu keretapi yang tak kunjung tiba
Assalamualaikum
Sabtu, hari ini aku akan bertolak balik kampung naik keretapi, tentu seronok sebab aku dah lama tidak balik kampung. Aku akan menempuh perjalanan yang jauh dan perlu mengambil masa yang lama, nak tau berapa jam aku akan berada dalam keretapi ini? Lima jam, tidak tetapi 10 ke 12 jam lamanya. Apa pun terima kasih kepada kawan ku yang sudi menghantar aku ke stesen keretapi tadi, terima kasih bebanyak.

            Aku mula bertolak naik keretapi tadi jam 8 malam, sebelum tu sempat juga aku pekenakan nasi dengan sup daging sebab sehari suntuk aku tidak makan nasi, malas nak nanti kena cuci pinggan lagi, hehehehehehe.
Gambar: Jalan-jalan dalam keretapi

            Tempat duduk aku 9A gerabak numbor 4, aku tengok tempat ku telah diambil orang, betul ke ni tempat duduk aku, aku tengok betul. Hrmm , biar je lah dia duduk tempat tu lagi pun dia tu anak gadis, sebelah dia perempuan juga. Pada fikiran aku perempuan itu mungkin emak dia, aku terpaksa ambil tempat lain dan sebelah ku adalah seorang lelaki yang boleh dipanggil pakcik.

            Aku ada juga bercakap-cakap dengan pakcik tu yang juga ingin pulang ke Kelantan setelah 3 hari di Johor kerana menjenguk anaknya yang berada di Pasir Gudang. Banyak juga aku bercakap dengan pakcik tu dan salah satu soalan ku adalah “pakcik seorang ke?”. Dia kata dengan isteri dan anaknya sambil menunjuk kearah mereka. Rupa-rupanya yang ambil tempat aku tu adalah anaknya.

            Sudah agak lama aku bercakap dengan pakcik tu mata aku sudah mula rasa mengantuk, ya ALLAH pedihnya mata ku, kalau boleh pejamkan mata sedap ni, mulut pula asyik menguap je, aku cakap la dengan pakcik tu aku tidur dulu dan aku pun pejamkan mata terus zzzzzzzz. Krurr  kurrr krurr kurr lantas aku terjaga dikejutkan oleh bunyi tadi. Aku pandang pakcik sebelah ku dan dia tenguk aku, aku terus tersenyum. Rupa-rupanya aku berdengkur tadi, hahaha.
            Aku terus sambung tidur tetapi kerap terjaga bila keretapi berhenti di setiap stesen. Bila terjaga aku terus lemparkan pandangan ku keluar tingkap memerhati alam yang gelap, sesekali aku dekatkan muka ku ke tingkap untuk membolehkan pandangan lebih jelas, ye aku Nampak pokok, pokok dan orang. Orang? Dari mana dan kemana orang itu di waktu malam yang gelap gelita di tengah hutan ini. Hantu ke? Ish mengarut. Sambil memikirkan orang itu yang entah dari mana dan entah kemana dia hendak pergi aku terlelep lagi.