Saturday, May 7, 2011

Gambar: Sedang menunggu keretapi yang tak kunjung tiba
Assalamualaikum
Sabtu, hari ini aku akan bertolak balik kampung naik keretapi, tentu seronok sebab aku dah lama tidak balik kampung. Aku akan menempuh perjalanan yang jauh dan perlu mengambil masa yang lama, nak tau berapa jam aku akan berada dalam keretapi ini? Lima jam, tidak tetapi 10 ke 12 jam lamanya. Apa pun terima kasih kepada kawan ku yang sudi menghantar aku ke stesen keretapi tadi, terima kasih bebanyak.

            Aku mula bertolak naik keretapi tadi jam 8 malam, sebelum tu sempat juga aku pekenakan nasi dengan sup daging sebab sehari suntuk aku tidak makan nasi, malas nak nanti kena cuci pinggan lagi, hehehehehehe.
Gambar: Jalan-jalan dalam keretapi

            Tempat duduk aku 9A gerabak numbor 4, aku tengok tempat ku telah diambil orang, betul ke ni tempat duduk aku, aku tengok betul. Hrmm , biar je lah dia duduk tempat tu lagi pun dia tu anak gadis, sebelah dia perempuan juga. Pada fikiran aku perempuan itu mungkin emak dia, aku terpaksa ambil tempat lain dan sebelah ku adalah seorang lelaki yang boleh dipanggil pakcik.

            Aku ada juga bercakap-cakap dengan pakcik tu yang juga ingin pulang ke Kelantan setelah 3 hari di Johor kerana menjenguk anaknya yang berada di Pasir Gudang. Banyak juga aku bercakap dengan pakcik tu dan salah satu soalan ku adalah “pakcik seorang ke?”. Dia kata dengan isteri dan anaknya sambil menunjuk kearah mereka. Rupa-rupanya yang ambil tempat aku tu adalah anaknya.

            Sudah agak lama aku bercakap dengan pakcik tu mata aku sudah mula rasa mengantuk, ya ALLAH pedihnya mata ku, kalau boleh pejamkan mata sedap ni, mulut pula asyik menguap je, aku cakap la dengan pakcik tu aku tidur dulu dan aku pun pejamkan mata terus zzzzzzzz. Krurr  kurrr krurr kurr lantas aku terjaga dikejutkan oleh bunyi tadi. Aku pandang pakcik sebelah ku dan dia tenguk aku, aku terus tersenyum. Rupa-rupanya aku berdengkur tadi, hahaha.
            Aku terus sambung tidur tetapi kerap terjaga bila keretapi berhenti di setiap stesen. Bila terjaga aku terus lemparkan pandangan ku keluar tingkap memerhati alam yang gelap, sesekali aku dekatkan muka ku ke tingkap untuk membolehkan pandangan lebih jelas, ye aku Nampak pokok, pokok dan orang. Orang? Dari mana dan kemana orang itu di waktu malam yang gelap gelita di tengah hutan ini. Hantu ke? Ish mengarut. Sambil memikirkan orang itu yang entah dari mana dan entah kemana dia hendak pergi aku terlelep lagi.

Saturday, April 30, 2011

Why ? Kenapa ?

Assalamualaikum kepada semua muslimin dan muslimat. Selamat sejahtera kepada non muslim





Why atau kenapa, perkataan ini selalu bermain di bibir dan benak fikiran manusia. Aku juga terfikir kenapa aku dilahirkan sebagai manusia, ye kenapa ?. Mungkin persoalan ini akan bermain di benak fikiran manusia sehingga nafas terakhir, mungkin. Adakah perkataan ini satu cabaran kepada manusia untuk mencari sebarang penyelesaian kepada sesuatu masalah ? Ya betul betul betul. Perkataan ini membuatkan otok atau minda manusia bekerja keras untuk mencari penyelesaian sehingga sakit menimpa, atau pun paling tidak botak kepala.  Why atau kenapa juga membuatkan kita rasa lega, selamat dan pelbagai lagi perasaan setelah dapat mencari jalan penyelesaian. Betul tak ? Bagaimana pula jika perkataan ini tidak wujud dalam diri seseorang? Hrmmmm apa akan jadi? Aku dapat rasakan orang itu sudah gila atau pun sudah mati jasad dan akalnya. Itu adalah jawaban ku pada persoalan di atas, tetapi jika ada pendapat lain aku hendak juga mendengarnya. Setakat ini saja yang dapat aku tulis pada waktu ini, Sekarang aku nak tanya kenapa aku tulis ini semua? Lihat ada juga perkataan kenapa, dan aku mengulanginya lagi. Sekarang aku nak mengakhiri tulis ini kerana mungkin ada yang sudah bosan dengan apa yang aku tulis. Ucapan akhir selamat membaca.

Friday, April 29, 2011

Salam pembukaan



Salam Perkenalan, Salam Satu Ummah kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini. 


Blog ini tidak menetapkan sebarang topik, ia adalah satu cerita yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia.